Wednesday 12 October 2016

PENDIDIKAN 100% MENJELANG 2030

Biarpun cabaran pendidikan global kian deras, kerajaan tidak pernah ketinggalan dalam menyediakan formal kepada semua kanak-kanak di MALAYSIA.

Bagi mencapai sasaran itu, Kementerian Pendidikan telah mewujudkan mekanisme pemantauan bagi memastikan perkembangan pendidikan kebangsaan selari dengan perkembangan pendidikan di peringkat antarabangsa.

Sebanykan tujuh sasaran, tiga mekanisme pelaksanaan dan 43 indikator telah digariskan di bawah Matlamat Pendidikan 2030 yang memberi fokus kepada akses, kualiti, ekuiti, perpaduan dan kecekapan.


 Justeru, pelaksanaan pendidkan 2030 di Malaysia tidak seharusnya dilihat sebagai satu inisiatif yang baru atau tambahan kepada program-program KPM yang sedia ada. Ia perlu dilihat secara komprehensif dengan pelaksanaan PPPM 2013-2025 bagi memastikan kesinambungan inisiatif di pelbagai peringkat.