Wednesday 30 January 2013

Lesson Study

Lepas ini cikgu² sekolah kena isi borang² yang berkenaan dengan lesson study pula..

Antara objektif dan protokol lesson study ialah :

Antara borang yang perlu diisi ialah
3)   

Tuesday 22 January 2013

Urusan Kenaikan Pangkat

Ramai yang mengambil berat pasal kenaikan pangkat. Ada yang ingin memohon dari DGA 32 ke DGA 34 dan ada yang dari DGA 34 ke DGA 38 dan ada juga yang ingin mohon dari DGA 32 Ke DG 41 selepas tamat pengajian ijazah.

Urusan Pemangkuan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma(PPLD) Ke Gred DGA34 & Gred DGA32 Di Bawah Sistem Saraan Malaysia (SSM) Tahun 2013 Di KPM.

Antara borang2 yang perlu disertakan semasa memohon jawatan ini ialah.

1.  Senarai Semak Iklan Pemangkuan 2013
2.  Borang Tapisan keutuhan 
3.  Borang C BPDGA
4.  Borang EFG

jadi sesiapa yang ingin memohon kenaikan pangkat tu boleh la download borang dan isi lepas tu hantar kat pembantu tadbir sekolah.

Sunday 20 January 2013

Pencen

Ada masa terfikir juga berapa tahun lagi baru la i dapat pencen. Sebab umur muda-muda dah mula kerja so jadi macam dah lama sangat bekerja, kadang-kadang fikir la juga bila la baru boleh pencen.

Jadi kalau anda juga ingin mengira pencen boleh la cuba g laman web JPA untuk pengiraan Anggaran Bayaran Pencen, Ganjaran dan GCR bagi Persaraan Pilihan Sendiri.

Bagi sesiapa yang bakal pencen boleh la cuba kira kan berapa GCR yang akan dapat masa pencen nanti.
 pada link di bawah.



Thursday 17 January 2013

Elaun tetap rumah Penjawat Awam Naik kepada RM480??

Kalau betul la apa yang Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) meminta pada kerajaan menjadi kenyataan. Seronok la semua penjawat awam. 

Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) meminta pada kerajaan supaya menyegerakan kelulusan permohonan kenaikan elaun tetap perumahan penjawat awam daripada RM180 kepada RM480.

Sebenarnya kos sewa rumah pada kawasan bandar memang sangat tinggi, dan ini boleh menjadi satu beban kepada pemuda-pemuda yang baru meninggalkan zaman persekolahan dan baru ingin menjejak langkah ke alam pekerjaan.


YES 4G

akhirnya SK Rompin dah selesai pemasangan Yes 4G pada petang ini.



lepas ini cikgu-cikgu SK Rompin boleh menggunakan wireless dengan kelajuan yang lebih tinggi lagi..Harap cikgu-cikgu dapat menggunakan kemudahan ini dengan lebih berfaedah.

Yes 4G ini telah block beberapa laman web yang untuk download movie.. contohnya http://www.teamhanna.org/ dan ia juga menghalang pengguna memasuki beberapa sosial network.

Selepas semak dengan speed meter ini rupanya Yes ini agak laju juga jika berdekatan dengan pancaran. Contohnya Yes yang ada kat Bilik Guru dengan kelajuan 15kbps. Jadi lepas ini cikgu-cikgu tak ada alasan lagi la pasal internet lambat la ini la itu la.Sebab kita dah test internet kat bilik guru memang laju .

Monday 14 January 2013

Perasaan

Orang yang tidak suka pada anda,
hanya akan nampak kekurangan anda.

Orang yang suka pada anda,
kekurangan anda akan dianggap sebagai kelebihan.

Anda tidak perlu bersusah payah untuk mengubah diri anda sendiri,
untuk memuaskan orang lain.

Anda cuma perlu mencari seseorang yang memahami anda.
Kalau orang yang memahami anda,
dia akan cuba memahami segala kekurangan anda.

Sunday 13 January 2013

1 BestariNet

1 BestariNet akan berada di SK Rompin tidak lama lagi. Ada yang bertanya-tanya apa itu 1 BestariNet ialah internet mudah alih 4G berkelajuan tinggi dan Virtual Learning Enviroment (VLE) yang akan disediakan di semua sekolah seluruh Malaysia.

10000 sekolah di seluruh Malaysia akan diaplikasi dengan 1 BestariNet. Setiap murid mesti mempunyai akses kepada pendidikan berkualiti dan teknologi yang mecorak dunia pada masa sekarang.

Dengan adanya 1 BestariNet ini, murid-murid dapat melayani internet dengan lebih mudah dan memperolehi maklumat-maklumat yang diperlukan dengan lebih mudah.

Sunday 6 January 2013

Rancangan Tahunan 2013

Dah mula persekolahan maka cikgu² pun dah mula la cari rancangan persekolahan masing² dalam internet. Dengan harapan untuk memudahkan cikgu² mendapatkan rancangan tahunan untuk subjek² yang diajar, maka dalam blog ini akan mengadakan pages yang baru untuk meletakkan rancangan tahunan mengajar.

Harap dengan adanya blog ini, cikgu² akan mendapat apa yang diperlukan. Dan harap Rancangan Tahunan ini dapat mempermudahkan kerja-kerja cikgu .

Thursday 3 January 2013

Mind Full, or Mindful?


Today, i also don't know whether my brain is mind full, or mindful??

Selamat Tahun Baru.

Selamat Tahun Baru 2013 bagi semua, terutamanya kepada Guru², staf dan pelajar² Sek Keb Rompin. Tahun yang Baru kenalah ada azam yang baru. Jadi di sini saya harap anda semua boleh mencapai cita² anda semua pada tahun ini. segala impian boleh menjadi kenyataan.

Bagi pelajar² Tahun 6 (UPSR), Tingkatan 3 (PMR), Tingkatan 5(SPM) dan Tingkatan 6 atas(STPM) harap anda semua boleh belajar dengan lebih gigih untuk mencapai keputusan yang lebih baik. All The Best dan GOOD LUCK.