Wednesday 22 May 2013

SELAMAT BERCUTI

Hari ini dah hari last persekolahan buat penggal yang pertama....Lepas ini dah mula cuti sekolah dah...Rasa ye ada yang dah mula rancang nak ke mana ..

Bagi cikgu² yang dapat tunggakan gaji.. lagi la seronok....memang boleh pergi berjalan-jalan dengan sepuas-puas ye la....boleh bawa anak-anak pergi melancong lagi ..

 Pulau Pangkor Pulau Redang

Tuesday 14 May 2013

Pemenang APC 2012 (SK Rompin)

Tahniah dan syabas bagi mereka yang mendapat APC 2012. Terdapat 4 orang cikgu perempuan yang mendapat APC 2012 di Sekolah Kebangsaan Rompin.

Mesti ramai yang tertanya-tanya siapa orang ye yang mendapat APC 2012..

Di sini saya ingin mengumumkan pemenang APC 2012 ialah Pn. Massitah binti Md Daud, Pn. Nur Syafaliza binti Zolkepli, Pn. Tasripah binti Ahmad, dan Pn. Soriyazana binti Mansur.


Tahniah !!!!

Monday 13 May 2013

Rebata RM 200 untuk smartphone


Jemaah Menteri telah bersetuju agar belia berumur 21 hingga 30 tahun berpendapatan RM3,000 ke bawah boleh membeli apa jua jenis telefon pintar dengan rebat RM200 yang diumumkan kerajaan.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dalam satu kenyataan di sini, berkata perkara itu diumumkan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim selepas mempengerusikan mesyuarat pasca kabinet kementerian tersebut Rabu.

Pemberian rebat RM200 itu dilaksanakan di bawah Pakej Komunikasi Belia (PKB) selaras dengan ucapan Belanjawan 2013 yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada September lepas.

Menurut kenyataan itu, pelaksanaan skim tersebut ialah atas prinsip 'siapa cepat dia dapat'.

Tujuh syarikat telekomunikasi yang melaksanakan skim PKB di bawah koordinasi SKMM adalah Celcom, Clixster, DiGi, Maxis, Tune Talk, U Mobile dan YTL Communications.


Syarat kelayakan permohonan pakej Komunikasi Belia ( Rebate RM 200 )

1.  Warganegara Malaysia yang berumur di antara 21-30 tahun pada tarikh memohon; 
2.  Pendapatan bulanan adalah RM3,000 dan ke bawah; 
3.  Model telefon pintar 3G yang ditawarkan (Terkini: Harga maksima tiada hak ); 
4.  Untuk langganan baru dan sedia ada pakej jalurlebar; dan 
5.  Satu telefon hanya untuk satu belia;


Joom kita mohon sama²  let click : Rebate Smartphone RM 200

Tuesday 7 May 2013

MALAYSIAN

Sudddenly i found this one...
tiba-tiba saya terjumpa ini


bagus betul picture ini...tapi saya agak pelik juga kenapa orang asli, dusun,kadazan,murut,bajau,iban,bidayuh, bisaya dan bangsa² lain tiada dalam senarai??

betul ke malaysian ini adalah campuran macam ini ke??

Sunday 5 May 2013

Selelsai Sudah Undi Kali Ini. Ini la keputusan undi.

Akhirnya undi kali ini sudah selesai dan sudah ada keputusan ..


Tidak kira anda suka atau duka memang ini la keputusan undi pada 05/05/2013..Harap anda semua boleh menerima kenyataan ye..