Jemaah Menteri telah bersetuju agar belia
berumur 21 hingga 30 tahun berpendapatan RM3,000 ke bawah boleh membeli apa jua
jenis telefon pintar dengan rebat RM200 yang diumumkan kerajaan.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dalam satu kenyataan di sini, berkata perkara itu diumumkan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim selepas mempengerusikan mesyuarat pasca kabinet kementerian tersebut Rabu.
Pemberian rebat RM200 itu dilaksanakan di bawah Pakej Komunikasi Belia (PKB) selaras dengan ucapan Belanjawan 2013 yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada September lepas.
Menurut kenyataan itu, pelaksanaan skim tersebut ialah atas prinsip 'siapa cepat dia dapat'.
Tujuh syarikat telekomunikasi yang melaksanakan skim PKB di bawah koordinasi SKMM adalah Celcom, Clixster, DiGi, Maxis, Tune Talk, U Mobile dan YTL Communications.

Syarat kelayakan permohonan pakej Komunikasi Belia ( Rebate RM 200 )
1. Warganegara
Malaysia yang berumur di antara 21-30 tahun pada tarikh memohon;
2. Pendapatan
bulanan adalah RM3,000 dan ke bawah;
3. Model
telefon pintar 3G yang ditawarkan (Terkini: Harga maksima tiada hak );
4. Untuk
langganan baru dan sedia ada pakej jalurlebar; dan
5. Satu
telefon hanya untuk satu belia;
No comments:
Post a Comment