Thursday 28 March 2013

Gotong royong pra sekolah

Pra sekolah SKR telah mengadakan satu aktiviti gotong royong untuk menceriakan lagi bangunan pra sekolah serta menanam pokok bunga dan sayur-sayuran.

Gotong royong tersebut diadakan pada 2.30ptg dan aktiviti ini mendapat sambutan yang baik daripada kalangan ibu bapa dan guru² SKR. 

 


Wednesday 20 March 2013

PENGUMUMAN KEPUTUSAN SPM 2013

21/03/2013 adalah hari yang dinanti-nanti oleh semua calon yang mengambil peperiksaan SPM pada tahun 2012. mereka dah 4 bulan menanti-nanti ketibaan hari ini.

Pada hari ini semua calon dah boleh pergi ke sekolah masing² untuk mengambil keputusan masing² mulai pkl 10am. Saya di sini harap anda semua boleh mendapat keputusan yang cemerlang.

Bagi mereka yang memperolehi keputusan cemerlang tahniah diucapkan ..bagi mereka yang memperolehi keputusan yang kurang memuaskan " jangan putus asa" anda boleh lebih cemerlang pada STPM lagi jikalau anda berusaha dengan bersungguh-sungguh..

Monday 18 March 2013

CUTI SEKOLAH

Tidak lama lagi, sekolah akan mula bercuti. Jadi bagi cikgu² sekolah boleh la mula buat perancangan sama ada nak balik kampung atau pergi melancong.

Kalau x silap saya, cuti sekolah ini mesti ada ramai yang menghabiskan masa pergi kenduri kahwin sini sana. Hari ini kat utara esok lusa dah ada kat selatan..

Tidak kira ke mana anda pergi harap anda semua boleh membawa kereta dengan lebih berhati-hati. " berhati-hati di jalan raya"..

Tuesday 12 March 2013

Peperiksaan Pertengahan Tahun

Sekelip mata sahaja, sudah tiba masa peperiksaan pertengah tahun. Peperiksaan pertengahan tahun Sek Keb Rompin akan mula dilangsungkan pada 12/3/2013 (Selasa) hingga 15/3/2013(Jumaat). Harap murid² sekalian telah bersiap sedia untuk menghadapi pepriksaan ini..

GAMBATEH !!!!GAMBATEH !!!!GAMBATEH !!!!

Thursday 7 March 2013

8/3/2013

Apa yang hebat sangat pada tarikh ini ye???sebenarnya hari ini ialah Hari Wanita Sedunia..
Happy international women's day.

" Women are angles.
 when someone breaks
 our  wings
 we simply fly
 on a broomstick
 we are flexible
like that !"