Tuesday 25 June 2013

EGTUKAR

Bagi guru² yang ada mohon pertukaran , boleh la mula semak sama ada pertukaraan anda diluluskan @ tidak...Bagi mereka yang berjaya dalam permohonan ...tahniah diucapkan...Bagi mereka yang masih tidak berjaya cuba lagi akhir tahun ini ye...

Setahu saya SK Rompin tiada siapa² yang berjaya dalam permohonan pertukaran ini ....bagi cikgu² yang mohon sila cuba lagi akhir tahun ini..


Thursday 20 June 2013

SAPS UNTUK UJIAN PERTENGAHAN TAHUN 2013

Cikgu-cikgu semua, sila la masukkan markah peperiksaan pelajar ke dalam aplikasi SAPS. Sebelum ini memang tertanya-tanya bila SAPS ini akan dibuka??? Sebab sebelum ini buka je sistem tu akan terpapar, sistem sedang disenggara.

Bagi ibu bapa pula boleh juga menyemak keputusan anak² dalam sistem ini. kalau cikgu dah masukkan markah , maka ibu bapa boleh la nampak keputusan anak².






Monday 10 June 2013

Mula Persekolahan

Dah habis dah cuti persekolah selama 2 minggu. Pelajar² dan Guru² kena la pergi ke sekolah semula....hahaha biasanya pada hari pertama persekolahan apa yang akan dijumpai ialah..pelajar² dah pakai uniform baru,beg baru, kasut baru dan lain².

Bagi cikgu pula, ada juga yang baru². Contohnya : handbag baru, handphone baru, jam tangan baru , kasut baru, kereta baru, baju baru. tapi ada ke yang dapat bini baru dalam cuti sekolah ini...Itu saya x tahu la...haha..

Dah mula persekolahan , mulakan lah ini dengan azam baru..supaya anda menjadi pelajar yang cemerlang dalam pelajaran dan kokurikulum ye...