Thursday 20 December 2012

GB CEMERLANG SK ROMPIN

GURU BESAR CEMERLANGHari ini GB cemerlang yang baru telah mula melapor diri ke Sekolah Kebangsaan Rompin. En. Kamarudin Bin Arifin.Macam mana nak menyambut kehadiran GB Cemerlang ini ye??

Dengan hati yang takut, kita semua tidak tahu nak cakap apa dengan GB Cemerlang ini.   Harap segala urusan antara GB cemerlang dengan kita akan berjalan dengan lebih lancar selepas ini.

Cikgu Kamaruddin dah pindah SK Senaling diganti dengan GB cemerlang En. Kamarudin Bin Arifin.



Wednesday 19 December 2012

20122012

20122012 sudah pun tiba, ada yang kata hari ini adalah hari last, esok 21/12/2012 dah hari khiamat. Tapi sekolah ini akan menyambut kedatangan Guru Besar Baru. Guru Besar sekarang pula akan melaporkan diri ke SK Bandar Baru Serting.

20122012 adalah hari yang macam mana ye??? Saya sendiri pun kurang pasti. Harap segala boleh berjalan dengan lancar...

Tuesday 18 December 2012

Pengumuman Keputusan PMR 2012

19/12/2012 adalah hari yang berdebar-debar untuk pelajar-pelajar yang mengmbil PMR pada tahun ini. Mereka akan mengetahui keputusan PMR mereka pada tahun ini, Di sini saya harap semua bekas pelajar-pelajar SKR akan mendapat keputusan yang cemerlang, dan dapat memasuki kelas yang diingini. 

Tidak kira anda masuk sains kelas , sastera kelas @ akaun kelas harap anda semua boleh berusaha dengan lebih gigih untuk mendapat keputusan yang lebih cemerlang pada peperiksaan SPM nanti.

GOOD LUCK and SEMOGA BERJAYA.

Monday 17 December 2012

Pertukaran GB

GB sekolah ini akan bertukar ke SK Bandar Baru Serting dan akan digantikan dengan GB dari SK Serting Ulu. Jadi harap semua warga SKR dapat bersedia untuk berkhidmat dengan BOSS baru ye..

Setiap kali kalau kita tukar tempat kerja @ bertukar Boss kita mesti ada perasaan yang berlainan. Ada macam-macam yang perlu dirisaukan. Tapi tukar dan ditukarkan adalah perkara yang selalu berlaku pada kehidupan kita. Kita hanya perlu hadapi semua ini  dengan hati  yang terbuka,janganlah risau sangat. Kita hanya perlu melakukan apa yang kita patut buat. dah settle masalah..

Friday 14 December 2012

20.12.2012

Hari yang sangat special selepas 12/12/12 ialah 20122012 iaitu 20hb12 2012. Hari ini juga ada ramai yang kahwin @ tunang (kalau x silap saya).

Tapi 20.12.2012 juga adalah hari bekerja. Kalau kita dapat letakkan 20.12.2012 pada hari sabtu / ahad mesti lagi meriah..Tapi ada daya kita, kalander itu memang dah dicipta dari awal lagi.  Jadi kita ikut je la..

Bagi anda semua, apa rancangan anda pada hari itu??Kalau ingin meluahkan perasaan anda pada hari itu best juga betul x? sebab hari itu senang nak ingat...hahaha..

Wednesday 12 December 2012

Made In Germany

Germany telah mencipta alat - alat yang canggih. Dengan adanya alat-alat ini maka mestilah ada kebaikan dan keburukannya. Jika Malaysia juga menggunakan alat-alat canggih ini, maka penduduk di Malaysia akan mengalami kehebatan alat itu dan kesan yang dibawa oleh alat itu.

Antara kebaikannya ialah:
1.   Dapat mengurangkan tenaga pekerja.
2.   Dapat meringankan tugas-tugas pekerja.
3.   Dapat mempercepatkan tugas-tugas yang diberi.

Manakala kelemahannya ialah:
1.   Lebih ramai yang menganggur kerana kehilangan pekerjaaan. Kerja-kerja mereka telah digantikan dengan mesin yang lebih canggih.
2.   Kos baiki yang mahal.
3.   Alat ganti mahal dan tidak mudah didapati kena import dari negara lain.

Untuk melihat video itu sila klik link di bawah :
Made in Germany

Tuesday 11 December 2012

Berhati-hati Dengan Kes Kecurian Kereta

Pada hari ini, saya  terjumpa video ini pada laman web sosial. Jadi saya ingin kongsikan video ini dengan anda semua.  Hanya 3 Tin kosong dan seutas dawai sahaja , kereta anda akan hilang dengan sekelip mata.

Jadi sebelum anda turun kereta, tolong matikan enjin kereta dan mencabut kunci kereta itu. Jangan ingat matikan enjin dan hidupkan enjin semula ini adalah satu perkara yang melecehkan anda @ menyusahkan anda. Mungkin dengan perkara yang remeh-temeh macam ini sahaja anda mampu mengelakkan kereta anda daripada dicuri /dilarikan oleh orang lain.

Untuk melihat video itu sila klik link di bawah :
Kes Kecurian Kereta.

Amazing

Amazing such a clever and resourceful idea.. will u also can think about it??

Dalam sebuah negara yang miskin juga dapat berfikir pasal penciptaan ini. Setiap masalah yang kita hadapi, mesti ada jalan untuk penyelesaian. Cuma kita perlu berfikir untuk mendapatkan cara menghadapi masalah ini..

Untuk melihat video itu sila klik link di bawah :
CREATIVE

Monday 10 December 2012

12/12/12

Tahun ini kita berpeluang berjumpa dengan 12/12/12. Tarikh bagi 12/12/12 ini kita hanya berpeluang melihat  pada 100 tahun yang kemudian. Sebenarnya ada apa yang special sangat untuk hari 12/12/12 ini.

Kebiasaannya ramai yang memilih hari yang mudah ingat macam ini untuk bertunang @ berkahwin. Tapi 12/12/12 pada tahun ini terjatuh pada hari berkerja iaitu hari Rabu. Jadi tahun ini tidak ramai yang memilih tarikh ini untuk bertunang @ berkahwin sebab mereka fikir kalau mereka tunang @kahwin pada hari bekerja  ini bukan sahaja menyusahkan saudara mara dan kawan-kawan, mereka juga fikir mesti ramai yang tidak dapat hadir sebab hari itu hendak bekerja.

Jadi apa yang anda akan lakukan untuk mengingati hari ini?


Sunday 9 December 2012

Selamat Pengantin Baru

Selamat Pengantin Baru diucapkan pada Mohd Hanif Bin Harun(Guru SK Rompin) dengan pasangannya Noraini Binti Mohamad.

Selamat Menempuh Hidup Baru.

Untaian kata aku cipta
Lewat warna sucinya rasa
Kukirim tulusnya doa
Semoga terbina keluarga bahagia
Harmonis untuk selama-lamanya


Bulan bintang senyum terpesona
Menyaksikan jalinan cinta
Terpancar begitu indahnya
Dari hati kalian berdua



Thursday 6 December 2012

KERJA SEPARUH MASA

Hanya sekelip mata sahaja , dah hampir 1 bulan cuti sekolah berlalu... apa yang anda telah lakukan dalam masa 1 bulan ini? Saya rasa bagi pelajar sekolah menengah dah ada ramai yang mula buat kerja part-time pada cuti sekolah ini.

Kelebihan kerja separuh masa

- Dapat menambah ilmu pengetahuan yang tiada dalam buku teks.
- Boleh memperbaiki cara berkomunikasi.
- Dapat menambahkan duit perbelanjaan untuk membeli sesuatu yang berguna.
- Memperolehi pengalaman.
- Berkenalan dengan kawan-kawan yang baru.
- Mengelakkan masa lapang terbuang.
- Lebih berdikari.


Keburukan kerja separuh masa

- Bagi mereka yang tidak pandai membahagikan masa,kerja separuh masa ini boleh menjejaskan pelajaran mereka.
- Bagi mereka yang tidak memilih kawan, mudah bergaul dengan kawan-kawan yang kurang baik.
- Mudah terjebak dengan jejalah sosial, contoh : menghisap rokok,main judi dan lain-lain.
- Mendapat duit gaji dan membeli benda-benda yang tidak berfaedah.

Secara kesimpulannya, pelajar yang ingin melakukan kerja separuh masa kena pandai mengawal diri sendiri. Jangan mudah dipengaruhi oleh kawan-kawan yang tidak baik.

Sunday 2 December 2012

Pertukaran sekolah

Pada cuti sekolah ini,ramai ibu bapa/ penjaga yang datang ke sekolah untuk membuat pertukaran sekolah. Ada yang nak tukar ke Johor , ada yang nak tukar ke terengganu dan ada juga yang tukar dalam daerah yang sama.

Bagi ibu bapa / penjaga yang ingin membuat pertukaran kena la datang sekolah semasa dengan membawa salinan kad pengenalan ibu dan bapa / penjaga , salinan sijil nikah, salinan bil elektrik / air. Selepas itu ibu bapa/ penjaga kena isi borang pertukaran (SRTATS).

Selepas anda isi semua maklumat itu ,baru la kerani pentadbiran akan membuat surat pertukaran.

Thursday 29 November 2012

Adakah anda juga bersetuju dengan ini?


Masa 1998 dengan RM 50 boleh beli barang penuh 1 troli...tapi apabila  tahun 2005 barang yang dapat beli dengan wang bernilai RM 50 dah tinggal separuh troli je...

Tapi apa yang kita boleh dapat dengan RM 50 sekarang???cuba bayangkan.

Wednesday 21 November 2012

Pengesahan

Dah ada ramai palajar yang datang ke sekolah untuk mendapatkan pengesahan daripada guru besar. Pengesahan sijil² ada yang datang untuk mendapatkan pengesahan Baitumal. 

Bagi pelajar yang hendak memasuki sekolah menengah semua kena siapkan pengesahan bagi salinan sijil²,salinan Kad Pengenalan, salinan Surat Beranak, Salinan Sijil Tamat Persekolahan Tahun6, Salinan KAd Pengenalan Ibu dan Ayah / penjaga dan lain².

Harap palajar² sekalian dapat menyiapkan semua pengesahan dalam cuti persekolahan ini, jangan la sampai guru di sekolah menengah minta baru datang ke sekolah untuk membuat pengesahan. 

Sekian, terima kasih.

Tuesday 20 November 2012

Rancangan seterus...

Apakah rancangan seterus bagi pelajar-pelajar selepas mendapat keputusan UPSR..Kemana anda berada selepas ini??Sekolah berasrama penuh (Bolehkah anda menyesuaikan diri disana tanpa jagaan ibu dan ayah, tanpa ibu dan ayah disisi anda)??? MRSM (kalau kena hantar jauh....susah nak balik rumah 2 minggu sekali, sebulan sekali pun entah dapat ke tidak kalau kena hantar jauh..mesti rindu kat mak ayah).

Jadi sebelum anda membuat apa-apa keputusan sila la fikir dahulu...fikir secara keseluruhan...jangan hanya fikir pasal perasaan sendiri je..cuba fikir dari segi mak ayah...tanye pendapat mak ayah, guru, abang @kakak yg lebih berpengalaman daripada anda...jangan buat sebarang keputusan dengan terburu-buru ye...


Sunday 18 November 2012

TAHNIAH !

Tahniah dan syabas kepada semua pelajar-pelajar yang mendapat 5A dalam keputusan UPSR. Tahun ini Sek Keb Rompin ada 9 orang pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan UPSR.
Antara pelajar-pelajar yang mendapat 5A ialah
1) NOR AZARENA BT ROZELAN
2) NUR ALIA NATASA BT SUKHAIMI
3) NUR FAQIHAH BT JALIL
4) NUR SYAKIRAH BT HUSAIRY
5) NURUL AIMAN SYAZWANI BT MANTASAN
6) NURUL AIN ATHIRAH BT NAZLI
7) NURUL SYAFIQAH BT ABDUL WAHAB
8) SERI NUR AISAH BT YUSNI
9) SITI ANISAH BT AMRAN
Bagi pelajar yang tidak dapat 5A janganla putus asa. Perjalanan untuk belajar masih panjang lagi. Jangan la berhenti setakat sini sahaja....

hari yang dinanti².

Hari yang dinanti² oleh semua pelajar tahun 6 sudah pun tiba. Ada yang dengan hati  berdebar² ada yang dengan hati gembira ada yang dengan hari tenang dan mesti kebanyakan dengan hati yang takut....takut dapat keputusan yang kurang baik nanti kena marah dengan ibu bapa..takut mendapat keputusan yang kurang memuaskan dan mengecewakan ibu bapa...

Disini, saya harap semua boleh mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan UPSR tahun 2012...GOOD LUCK..

Wednesday 14 November 2012

selamat menyambut awal muharam 1434H

Kepada semua saudara-mara, rakan-rakan dan semua yang mengenali diri saya.. Saya ingin mengucapkan selamat menyambut awal muharam 1434H..

Happy public holiday..
 

Tuesday 13 November 2012

Math Question



can u get the answer???

Tunggu !!!

Tunggu...tunggu ....tunggu ...Ramai yang tengah menunggu keputusan UPSR....Guru-guru tunggu, murid-murid pun tengah tunggu kedatangan 19/11/2012 (Isnin). Pelajar-pelajar kena tunggu 6 hari lagi baru boleh  dapat keputusan UPSR. 6 hari ini memang menguji kesabaran. Setiap kali pengumuman keputusan UPSR mesti ada yang gembira dan sebaliknya. Harap pelajar-pelajar boleh belajar menerima kenyataan.  Kita sering nampak dari surat khabar, pelajar bunuh diri sebab tidak mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan UPSR, PMR, SPM mahupun STPM.Saya Harap pengumuman keputusan pada tahun ini tidak akan berlaku ada pelajar yang bunuh diri lagi.

Sunday 11 November 2012

Hari terakhir sebelum cuti sekolah akhir tahun 2012

Hari ini adalah hari terakhir hari bersekolah sebelum cuti sekolah akhir tahun ini bermula. Pada pukul 11.30 pagi, semua murid SKR sudah mula berkumpul di tapak perhimpunan. Sebelum cuti sekolah bermula, Guru Besar, Guru Penolong Kanan dan guru² mula membagi nasihat, buat ulang kaji apa yang anda belajar pada tahun ini,jangan main sampai lupa dunia. Sekarang ini dah mula musim hujan , jangan main di tepi sungai.. Banyak yang cikgu² ini pesan, tapi adakah murid² ini ingat apa yang dipesan oleh guru² sekolah.

Harap murid² ingat selalu pesanan daripada cikgu² SKR..Selamat Bercuti untuk guru² SKR dan selamat bercuti untuk murid². ☻....Kalau ada tersalah / silap yang dibuat , tolonglah maafkan ye....sekian terima kasih.

LCWMC

Apa maksud LCWMC....sebenarnya ini ialah singkatan bagi nama Datuk Lee Chong Wei dengan Datin Wong Mew Choo. Sebenarnya nama bagi Datuk Lee Chong Wei ada makna yang lain...Ada sesetengah orang tahu maksudnya tapi ada orang yang tidak tahu maksud yang tersembunyi itu..
   Ini adalah gambar pada majlis perkahwinan Datuk Lee Chong Wei  dan Datin Wong Mew Choo. Majlis mereka diadakan secara besar-besaran. 

D    ---   Don't 
L     ---   Let  
C    ---   China 
W   ---   Win

Hahaha Betul x apa yang saya tulis ini..

Wednesday 7 November 2012

Pengumuman Keputusan UPSR 2012

Keputusan UPSR 2012 akan dikeluarkan pada hari Isnin 19 November 2012. Calon-calon boleh menyemak keputusan UPSR masing-masing secara Online dan SMS.

Semakan Keputusan UPSR secara online boleh dibuat melalui laman web SAPS.

Semakan Keputusan UPSR secara SMS

1.  Taip UPSR [angka giliran] dan hantar ke 15888
2.  Contoh : UPSR NF0610001 hantar ke 15888

Tuesday 6 November 2012

Hari Graduasi & Sambutan hari Lahir Murid Prasekolah

 
 
 
 

 

 
 


 

 

  




















7 Nov 2012 adalah Hari graduasi bagi pelajar-pelajar Prasekolah. Majlis juga mengadakan sambutan hari lahir murid prasekolah. Semua ibu bapa/ penjaga dan guru² dijemput hadir ke dewan untuk memeriahkan majlis tersebut.