Saturday, 17 August 2013

MULA PERSEKOLAHAN

Lagi 2 hari dah nak mula persekolahan setelah cuti 2 minggu sempena perayaan hari raya 2013. Pada cuti sekolah ini ada  juga murid yang pergi menghadiri kelas tambahan ..ada yang pergi beraya kat rumah saudara mara dan kawan-kawan.
Jadi apa yang anda lakukan pada cuti sekolah ini?? Adakah anda menggunakan cuti persekolahan ini dengan lebih berfaedah??


Wednesday, 14 August 2013

PERKARA YANG PALING DITAKUTI MASA RAYA

Cuba anda senaraikan perkara-perkara yang paling ditakuti masa raya...
Bagi perempuan ...perkara yang paling ditakuti ialah berat badan meningkat ....
pergi beraya rumah ke rumah...
jemput makan sana dan sini...
berat badan meningkat dengan mendadak......
nak salahkan siapa lepas ini....
Hari ini baru raya yang ke -7 tapi berat badan sudah meningkat 2kg...kalau terus macam ni....selama sebulan...berat badan akan meningkat sehingga 80kg kut...

kuih muih yang sedap² dihidangkan...
kalau x makan malu la pula.....
kalau bukan kuih muih....
ada pula lauk² yang sedap....

macam mana nak kuruskan badan????senaman ....senaman...senaman...

Monday, 5 August 2013

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2013

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI diucapkan kepada semua warga sekolah, tanpa mengira jantina, pangkat dan umur.

Andai jemari tak sempat berjabat,
Andai raga tak dapat bertatap,
seiring beduk yang menggema,
seruan takbir yang berkumandang
kuhaturkan salam menyambut Hari Raya AidilFitri
Jika ada kata serta khilafku
dan membekas lara, hanya satu yang pantaas ku ucapkan ..
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRIL, MOHON MAAF LAHIR & BATIN


Andai tangan tak kuasa menjabat
setidaknya kata masih dapat terungkap
setulus hati mengucapkan
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRIL, MOHON MAAF LAHIR & BATIN