Thursday, 25 June 2015

PERJUMPAAN TIGA PENJURU

Perjumpaan tiga penjuru Sekolah Kebangsaan Rompin akan diadakan pada 25.06.2015 (Khamis).

Perjumpaan itu diadakan bagi Ibu bapa / penjaga menandatangani buku rekod prestasi anak tuan / puan .

Tarikh : 25 Jun 2015
Masa   : 11.30 pagi - 1.30 tengah hari
 Tempat  :  Dewan Perhimpunan

Tuan / Puan dibenarkan membawa balik anak tuan / puan setelah selesai sesi perjumpaan tersebut.

Tuesday, 16 June 2015

SEMAKAN KEPUTUSAAN ANAK BAGI PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2015

Selepas cuti pertangahan tahun ini, ibu bapa / penjaga boleh mula menyemak keputusan anak-anak pada laman web yang disediakan .

ibu bapa  / penjaga hanya perlu klik pada link di bawah dan paparan yang berikut akan keluar pada komputer / tab / smartphone anda.

https://sapsnkra1.moe.gov.my/ibubapa2/index.php


Ibu bapa / penjaga hanya perlu masukkan nombor Kad Pengenalan anak klik Sekolah Rendah / Sekolah Menengah dan pilih Tahun 2015 lepas tu klik pada butang Semak Laporan.

Paparan diatas akan terpapar setelah anda klik Semak Laporan ibu bapa / penjaga hanya perlu pilih Peperiksaan Pertangahan Tahun dan klik pada Papar Slip Keputusan.

Markah Peperiksaan anak Tuan / Puan akan dipaparkan .