Tahukah anda? Gambar-gambar kesukaan anda terbuang / terdelete secara tidak sengaja boleh didapat semula dengan cara yang senang je...
Jika gambar pada telefon bimbit anda telah dibuang / dipadam secara tidak sengaja anda boleh memperolehinya semula dengan cara berikut:
Perhatian :
a) Jika anda selalu melakukan "clear cache" anda mungkin tidak dapat memperolehi gambar anda balik.
b) Saiz gambar yang dijumpai balik akan berbeza dengan saiz gambar asal.
c) Perisian ini tidak dapt mencari balik gambar yang anda hilang 100%.
Cara untuk mencari gambar yang hilang :
1) Anda hanya perlu cari Restore Image pada play store handset anda.
2) Muat turun perisian ini "Restore Image"
3) Buka perisian itu.
4) Anda mungkin akan menjumpai banyak gambar anda perlu pilih gambar yang anda betul-betul hendak balik.
5) Selepas pilih gambar yang hendak restore klik pada butang "Restore" yang berada di bahagian bawah sebelah kanan.
6) Gambar yang anda restore biasanya akan berada dalam border "Restoreimage"
Berikut adalah video bagi cara-cara restore image.