Monday, 20 January 2014

Jadual Persekolahan 2014

Berikut adalah Jadual Persekolahan untuk tahun 2014..
















Berikut adalah Takwim Peperiksaan 2014

Wednesday, 1 January 2014

Hari Pertama Persekolahan

Hari pertama persekolahan, adalah hari yang paling seronok bagi pelajar-pelajar Tahun 1. Sebabnya :
1)  Dapat guna bag baru.
2)  Dapat pencil box, pencil, pembaris, pemadam yang baru.
3)  Dapat pakai baju baru.
4)  Dapat kasut dan stocking baru...

Semuanya baru...seronok ye dapat jadi pelajar Tahun 1...

Thursday, 26 December 2013

MESYUARAT GURU KALI PERTAMA 2014

Mesyuarat guru kali -1 untuk 2014 akan diadakan pada 26 dan 27 Disember 2013..pukul 8.00am
Semua guru-guru sekolah diwajibkan hadir pada tarikh tersebut...

selepas itu cikgu ² dah boleh mula buat perancangan untuk tahun 2014...

Nama cikgu telah siap ditampal pada buku rekod pengajaran dan pembelajaran...

Cikgu² sekali dah boleh ambil buku yang akan mejadi teman anda sepanjang tahun 2014....

Jangan lupa hantar buku rekod pengajaran dan pembelajaran ini setiap hari Jumaat, sebelum hujung minggu untuk semakan GB..

Sunday, 15 December 2013

VISI, MISI dan LOGO baru KPM



Kementerian Pendidikan Malaysia telah membuat pemilihan Visi, Misi dan Logo yang baru dalam Mesyuarat Susulan Jemaah Menteri Bil 7/2013 yang diadakan pada 27 September 2013

VISI dan MISI Kementerian Pendidikan Malaysia yang baru adalah seperti di bawah :

VISI
" Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera"

MISI
"Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara."




Tuesday, 26 November 2013

TUGAS GURU SK ROMPIN

Di bawah ini adalah senarai tugas yang perlu dilakukan oleh guru² di sekolah...
Sebenarnya tugas seorang orang adalah sangat banyak dan mustahak...dengan tdak membazir ruang dalam blog ini..Joom kita tengok apa tugas² yang diarahkan kepada seorang guru.


Wednesday, 13 November 2013

KEPUTUSAN UPSR 2013

Keputusan UPSR 2013 akhirnya sudah keluar. Sedih rasanya tiada seorang pun yang mendapat 5A pada tahun ini.

4A 1B ada 5 orang

1.  DEWI NIRWANA BINTI SUSUT
2.  MUHAMMAD FIKRI BIN RAMLAN
3.  NUR AMIRA HUSNA BINTI OTHMAN
4.  NURALIA BINTI ABU BAKAR
5.  SAZRIENA BINTI RAZALI

4A 1C ada 3 orang

1.   HASMAWATI BINTI SUFII
2.   MIHAMMAD KHAIRI AFIQ BIN MOHD JAMIL
3.   NOORSYHAREEN ARIESYA A/K MOHD FAZIAN

Tahniah dan syabas kepada semua pelajar-pelajar Tahun 6 yang mendapat keputusan yang baik...jangan putus asa..berusaha lebih gigih lagi untuk mendapat keputusan yang cemerlang pada PMR nanti.

KEPUTUSAN UPSR 2013

Keputusan UPSR 2013 akan keluar pada 14 november 2013, iaitu pada hari Khamis. Pelajar-pelajar atau ibu bapa yang tidak sabar untuk mengetahui keputusan anak-anak mereka boleh melakukan semakan melalui 2 cara..

Cara yang pertama ialah membuat semakan secara online, iaitu melalui laman web SAPS.
http://sapsnkra.moe.gov.my/ibubapa2/index.php

atau

Melalui cara yang kedua iaitu semakan secara SMS..

taip UPSR [angka giliran] dan hantar ke 15888

Contoh : UPSR AB001C001 dan hantar ke 15888

keputusan peperiksaan UPSR amat penting kerana bakal menentukan samaada anda / anak anda layak masuk ke MRSM atau Sekolah Berasrama Penuh.

Di sini, saya ingin mengucapkan "GOOD LUCK" untuk semua pelajar Tahun 6 (2013) SK Rompin.