Wednesday 31 October 2012

Keputusan Peperiksaan

Peperiksaan akhir tahun sudah pun lalu, sekarang tiba masanya mengumumkan keputusan peperiksaan murid-murid. Memang di dalam jangkaan, ada murid yang mendapat keputusan yang cemerlang manakala ada yang kandas dalam peperiksaan. Lagi 7 hari je dah habis hari persekolah untuk tahun 2012 dan pelajar-pelajar akan mula menikmati cuti akhir tahun pada 10/11/2012. Di sini saya harap pelajar-pelajar dapat mengunakan masa cuti sekolah ini dengan aktiviti yang berfaedah.

Dengan teknologi yang semakin canggih pada masa sekarang, ibu bapa / penjaga sudah boleh menyemak keputusan anak / anak jagaan melalui internet dengan penghujung jari sahaja iaitu ibu bapa / penjaga hanya perlu masuk ke laman web ini : http://sapsnkra.moe.gov.my/ibubapa2/index.php

Lepas itu isikan nom kad pengenalan anak anda  , klik sekolah rendah / sekolah menengah dan klik tahun   Contoh tahun ini jadi ibu bapa klik je tahun 2012. Lepas isi semua ini klik pada semak laporan.
Lepas itu ibu bapa cuma perlu klik pada peperiksaan akhir tahun.Lepas itu klik papar slip keputusan.
Dengan cara ini, Ibu bapa / penjaga boleh tahu keputusan akhir anak/ anak jagaan mereka dengan mudah dan cepat.





2 comments: