Sunday, 4 November 2012

Keputusan UPSR 2012

Sebelum cuti persekolah 2012, dah ada ramai ibu bapa / penjaga yang dah bertanya-tanya pada pihak sekolah bilakah keputusan UPSR tahun 2012 akan diumumkan. Sebenarnya pihak sekolah pun tidak dapat nak menjawab soalan tersebut, sebab pihak sekolah pun belum dapat apa2 maklumat dari pihak Kementerian Pelajaran Malaysia.
     Ada yang mengatakan keputusan UPSR akan diumumkan pada  8 / 9 November 2012 sebelum cuti sekolah. Selalunya keputusan UPSR memang diumumkan sehari sebelum cuti persekolah. Adakah tahun ini juga akan seperti tahun-tahun sebelum ini???

Soalan ini bukan sahaja jadi persoalan bagi pihak sekolah malah menjadi persoalan kepada ibu bapa / penjaga dan murid-murid yang risau pasal keputusan UPSR masing- masing.

Sebelum Keputusan UPSR diumumkan, saya harap semua pelajar SKR boleh mendapat keputusan yang cemerlang dalam Ujian UPSR kali ini.                                                                               
  

No comments:

Post a Comment