Monday 25 February 2013

Chap Goh Mei

Chap Goh Mei ialah hari ke-15 orang cina menyambut Chinese New Year, dengan erti lain lepas Chap Goh Mei dah habis la orang cina menyambut Chinese New Year.

Antara aktiviti yang akan dilangsungkan pada hari Chap Goh Mei ialah orang ramai akan berkumpul di salah satu tempat yang ada sungai @ kolam dan mereka akan baling macam² bahan ke dalam sungai @ kolam tersebut.Setiap bahan yang dibaling membawa maksud yang berbeza-beza.

Batu - impian ia ialah supaya boleh mendapat rumah banglo.
Limau- dengan impian mendapat suami yang baik.
Pisang -untuk mendapat isteri yang baik..

Ada juga yang mengadakan aktiviti menulis nombor telepon di bawah limau atau pisang sebelum baling ke dalam sungai@kolam dan bagi mereka yang ingin berkenalan dengan lelaki boleh la ambil buah limau  dan saling hubung-menghubungi dengan nombor telepon yang berada di bawah limau tersebut. Begitu juga dengan lelaki yang ingin mendapat isteri yang baik.


No comments:

Post a Comment