Tuesday, 1 October 2013

CCTV

ai yoh x tau ...sekolah ini dah dilengkapi dengan CCTV...budak² sekolah jangan ingat nak buat jahat...nanti kena tangkap dengan Guru Besar baru tau....hahaha

Ayat² yang digunakan oleh cikgu² sek untuk menakutkan pelajar² sekolah...tapi ada je yang takut dan ada juga yg x takut pun..

CCTV yang dipasang ini bukan sahaja dapat mengawal keselamatan sekolah manakala boleh juga mengawal keselamatan pelajar².










Tuesday, 24 September 2013

GURU BARU

SKR telah mendapat seorang ustazah yang baru pada hari ini. Ustazah tersebut telah melapor diri di SKR pagi ini. Tetapi ada lagi guru baru akan masuk SKR pada 1/10/2013. Jadi SKR akan menerima 2 orang lagi guru perempuan.

Seorang ajar agama seorang lagi ajar PPKI...Tapi PPKI sekolah ini x de la ramai penghuni...Dapat lagi seorang guru PPKI...

Monday, 2 September 2013

Petrol Ron 95 dan Diesel nak RM 0.20..

Semalam PM kita telah mengumumkan harga petrol nak RM 0.20...Terdapat ramai yang beratur kat petrol pam untuk mengisi penuh kereta masing-masing, lori dengan bus pun sama.

Jadi memang menjadi kesesakan pada petrol pam..ramai yang tunggu giliran untuk mengisi petrol...

Antara sejarah kenaikan petrol adalah seperti di bawah.


Tahun 1990 - RM 1.10  (kenaikan RM 0.21)
01/10/2000 - RM 1.20 (kenaikan RM 0.10)
20/10/2001 - RM 1.30 (kenaikan RM 0.10)
01/05/2002 - RM 1.32 (kenaikan RM 0.02)
31/10/2002 - RM 1.33 (kenaikan RM 0.01)
01/03/2003 - RM 1.35 (kenaikan RM 0.02)
01/05/2004 - RM 1.37 (kenaikan RM 0.02)
01/10/2004 - RM 1.42 (kenaikan RM 0.05)
05/05/2005 - RM 1.52 (kenaikan RM 0.10)
31/07/2005 - RM 1.62 (kenaikan RM 0.10)
28/02/2006 - RM 1.92 (kenaikan RM 0.30)
04/06/2008 - RM 2.70 (kenaikan RM 0.78)
01/09/2009 - RM 1.80 (Turun RM 0.90)
16/07/2010 - RM 1.85 (kenaikan RM 0.05)
04/12/2010 - RM 1.90 (kenaikan RM 0.05)
03/09/2013 - RM 2.10 (kenaikan RM 0.20)


selama 23 tahun harga petrol hanya pernah turun sekali sahaja iaitu pada 01/09/2009 harga petrol turun sebanyak RM 0.90...itu la satu-satu kali harga petrol turun.

Saturday, 17 August 2013

MULA PERSEKOLAHAN

Lagi 2 hari dah nak mula persekolahan setelah cuti 2 minggu sempena perayaan hari raya 2013. Pada cuti sekolah ini ada  juga murid yang pergi menghadiri kelas tambahan ..ada yang pergi beraya kat rumah saudara mara dan kawan-kawan.
Jadi apa yang anda lakukan pada cuti sekolah ini?? Adakah anda menggunakan cuti persekolahan ini dengan lebih berfaedah??


Wednesday, 14 August 2013

PERKARA YANG PALING DITAKUTI MASA RAYA

Cuba anda senaraikan perkara-perkara yang paling ditakuti masa raya...
Bagi perempuan ...perkara yang paling ditakuti ialah berat badan meningkat ....
pergi beraya rumah ke rumah...
jemput makan sana dan sini...
berat badan meningkat dengan mendadak......
nak salahkan siapa lepas ini....
Hari ini baru raya yang ke -7 tapi berat badan sudah meningkat 2kg...kalau terus macam ni....selama sebulan...berat badan akan meningkat sehingga 80kg kut...

kuih muih yang sedap² dihidangkan...
kalau x makan malu la pula.....
kalau bukan kuih muih....
ada pula lauk² yang sedap....

macam mana nak kuruskan badan????senaman ....senaman...senaman...

Monday, 5 August 2013

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2013

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI diucapkan kepada semua warga sekolah, tanpa mengira jantina, pangkat dan umur.

Andai jemari tak sempat berjabat,
Andai raga tak dapat bertatap,
seiring beduk yang menggema,
seruan takbir yang berkumandang
kuhaturkan salam menyambut Hari Raya AidilFitri
Jika ada kata serta khilafku
dan membekas lara, hanya satu yang pantaas ku ucapkan ..
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRIL, MOHON MAAF LAHIR & BATIN


Andai tangan tak kuasa menjabat
setidaknya kata masih dapat terungkap
setulus hati mengucapkan
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRIL, MOHON MAAF LAHIR & BATIN